Wednesday, 18 December 2019

BBN3402Satu2019: Minggu 14 (DI SINI)


DI SINI

Mengambil kursus BBN3402 Penterjemahan Berbantukan Komputer mengajar saya untuk sentiasa menepati masa. Kursus ini juga mengajar cara-cara menterjemah dengan betul. Selain itu, saya juga dapat mengetahui beberapa mesin pertejemahan yang boleh digunakan. Nilai kerjasama juga dapat dipupuk daripada kerja berkumpulan yang diberikan kerana kerja berkumpulan yang diberikan memerlukan komitman semua ahli di dalam kumpulan tersebut.


Pada mulanya memang berat untuk menterjemah dalam masa yang singkat tetapi lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan dan kerja menterjemah juga semakin mudah. Kursus ini meberikan gambaran mengenai kerja yang akan dilakukan di masa akan datang. Malah, kursus ini juga memberi gambaran tentang perangai-perangai pelanggan yang akan dihadapi di alam perkejaan nanti.


Akhir kata kursus ini sangat bagus untuk mendidik seseorang supaya lebih cekap dan pantas dalam melakukan kerja. Bermula di sini lah banyak pengetahuan tentang dunia penterjemahan dapat dipelajari.

No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2019: Minggu 14 (DI SINI)

DI SINI Mengambil kursus BBN3402 Penterjemahan Berbantukan Komputer mengajar saya untuk sentiasa menepati masa. Kursus ini juga mengaj...